wanaCHAN ™
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK
1 Years !
Nov 22, 2012 • 12:24 PM • 0 comments

Assalamualaikum semua
Hari ni hari yang paling menggembirakan aku sebab hari genap lah aku setahun dengan Emy. Alhamdulillah :D Macam tak percaya je dah setahun. Macam kejap je. Pape pun ini kali pertama aku dengan seorang yang bergelar boyfriend aku selama setahun. HAPPY ANNIVERSARY FOR 1 YEARS MOHD ZULHAFIZ HELMI BIN SALIM ! Thanks for everything. Thanks sebab sabar dengan kerenah Wana :D

Mesti korang nak tahu kan macam mane aku boleh kenal dengan Emy ni kan ?. Oke hari ni aku cerita dari mula macam mane aku kenal dia. Aku kenal dia masa aku form 1 sebab dia ni abang angkat member aku, Theerah. Aku minat dia pon masa form 1 dan first time nampak dia tulah aku minat dia. Tade sape pon tahu yang aku minat dia, member rapat aku sendiri pon tak tahu. Ada 1 hari tu, hari rabu, biasa lah budap pagi ade koko kan, time tu dia dekat depan kelas dia tengah usha budak kelas dia lah kan. Korang tahu tak ape perassan aku, hancur gila time tu dan masa tulah aku nak lupakan dia sebab dia kan dah ade girlfriendkan.Time bulan 12 kot, tak silap lah dia ade message aku, saje je message tapi time tu dia single ^^

Naik form 2 macam dah tade perasaan sikit lah dekat dia tapi still mencari dia. Dia selalu datang petang, aku pon tak tahu ape motif. Dia ade tegur aku, aku just senyum je. Hari hari dia datang petang, hari hari lah dia tegur aku ^^ Hanya Allah je tahu ape yang aku rase time tu. Masa bulan 5 ke 6 tah hati aku hancur balik bile dapat tahu yang dia couple dengan Azmiera. Time tu macam putus harapan gila lah. Masa hari sukan dah lah dating depan aku, Ya Allah bertapa sakit hancurnya hati aku wehh. Aku pendam je sorang sorang sebab member aku tak tahu pon yang aku suka dia.

Ade 1 hari tu aku dapat tahu yang Emy ni dah clash dengan Azmiera. Woahh ! Tulah perkara paling gembira sekali buat aku tapi selang beberapa hari aku dapat tahu yang dia couple dengan Fatin Hazwani. Kembali hancur perasaan aku. Bila aku dapat tahu yang dia couple dengan Fatin, aku nekad nak buang perasaan suka aku dekat dia. Aku terima lah  sape yang mintak couple dengan aku time tu. Hari ape tah, aku tak ingat aku bace blog Fatin yang dia dah clash dengan Emy. Happy gila time tu tapi aku dah jadi orang lain punye time tu. So aku biarkan je. 

Bulan akhir sesi persekolahan sekolah, dia tegur aku, dia cakap kirim salam dekat Wana. Aku macam blur bila dia cakap macam tu kan. Aku senyum, aku jawab jelah salam dia tu. Akhir sekolah, aku clash dengan budak yang mintak couple dengan aku tu. So aku banyak diam je, seperti biase Emy akan tegur aku. Dialah yang buat aku tergelak time tu. Perasaan suka aku dekat dia mula datang. Dia cek fon aku, macam macam lah dia buat. Dia dengar lagu dekat fon aku, dia cakap dekat aku yang dia suka lagu ' wish you were here ' aku just senyum je sebab aku pon suka lagu tu ^^ Time borak borak dengan dia tu tetibe Theerah cakap macam ni ' Emy kau couple jelah dengan Wana tu ' Time tu aku terkejut gila bila Theerah cakap macam tu tapi aku tade lah tunjuk yang aku terkejut aku buat biase je. Tulah kenangan aku dengan dia time tu. Happy gila time tu ^^

Malam tu Ex aku mintak couple balik, aku terima sebab time tu aku syg dia lagi. Hari ahad malam tu aku online fb then terus pgi dekat profile Ex aku tu tengok dia buat relay dengan orang lain. Time tu macam tade perasaan so pergi mampus sama dia. Aku pergi profile aku tukar relay ke single. Fon aku berbunyi tengok Emy message aku, dia tanye aku oke tak ? Aku tade kedit nak balas so balas dekat wall dia, langsung main wall to wall dengan dia dekat fb. Time tu happy gila hee. Start dari tu, hari hari kitaorang message. Hanya Allah je tahu ape perasaan aku.

Hari khamis bertarikhkan 22 november 2011, hari paling bermakne time tu. Pukul 2 pagi kitaorang still message lagi. Time tulah dia minta couple dengan aku. Time dia mintak couple tu melompat lompat aku atas katil nasib tak patah --' Aku terima dia sebagai buah hati aku. Sejak itu lah bermulanya kisah ' WanaEmy ' First time jumpa time tu dekat Giant. Kebetulan time tu, fon aku pon dekat rumah time tu tertinggal. Masa namapak dia tu, macam gayat sikit,macam tak pernah nampak dia pulak kan. Ingat dia tak perasan aku, rupanya perasan. So pergilah jejalan kejap dekat Giant tu. Time tu aku pegang tangan dia sebab nak tengok gelang yang dia beli dekat Melaka. Kejap je jumpa sebab adik aku panggil sebab nak bayar dah. Happy gila time tu :D

Macam tulah ceritanya, aku happy sangat bila dia aku punye sekarang, dah setahun pon. Tipu lah kalau tak gadohkan. Normal lah semua pasangan gadoh. Hari kot gadoh dengan dia sebab kalau gadoh dia mesti buat muke comel. Tu yang aku suke tu. Pape pon Happy Anniversary Sayang For 1 Years ! Everlasting WANAEMY 






PASTFUTURE
ANNYEONG
HAI, tinggalkan jejak anda di cbox saya :D Do follow, I follow you back ! HAK BLOGGING, HAK SAYA ! (Y)

STALKER

  • Put Your Real Name & Link If Wanna Exchange link ✉
  • ✔ Be nice here
  • "
    "
    FOLLOWERS


    Credits more;

    Template :N.Afiqah
    Basecode :Masterly_elmo
    Tutorial : Afiqah Wana Atiqah
    Pictures : We Heart It
    Best View : Google Chrome