wanaCHAN ™
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK
Katakan Tidak Pada Kulit Kasar
Nov 16, 2012 • 8:43 PM • 0 comments

Assalamualaikum semua
Ehh anak sape dekat atas tu ? Aku pon tak tahu anak sape tu xD tapi tu bukan yang aku nak cerita hari ni.  Hari aku nak share pasal penjagaan kulit. Semua orang menggalami kulit kasarkan. Itu sebab korang selalu buat kerja rumah atau korang tolong ibu korang dekat dapurkan. Ada segelintir dari kita yang sanggup tanak tolong ibu mereka sebab nak jaga kulit mereka. Nak tahu kebenarannya ? Jom ketahui lebih lanjut :)

Masalah kulit yang selalu menjadi punca hilang percaya diri buat seseorang yang bergelar perempuan. Banyak produk yang diiklankan dengan tujuan dapat membantu mengurangkan masalah kulit kasar ini tapi tidak semua jenis kulit dapat menerimanya. 

Punca kulit kasar :

Antara sebab kulit menjadi kasar adalah kerana faktor dalaman atau luaran iaitu pola pemakanan dan rawatan kulit yang salah, pencemaran udara, stres, pengaruh cuaca dan kurang rehat. Ada beberapa rawatan untuk memulihkan kemulusan kulit tangan kita.

Rawatan tangan :

> Biasakan mencuci tangan
Gunakan sabun pencuci tanagn dengan pelembap yang tinggi selepas beraktiviti di luar.

> Elakkan serbuk pencuci terkena tangan
Gunakan sarung tangan sewaktu memcuci lantai dan tandas

> Rendam tangan
Rendam tangan dalam air suam yang dicampuri sedikit minyal almond selama lebih kurang 10 minit kemudian bilas semula dengan air suam.

> Sapukan minyak zaiton
Setiap kali sebelum tidur, sapukan minyak zaitun yang dicampur madu pada tangan. Lakukan secara rutin dan berterusan.

>Gunakan losyen tangan
Sapukan losyen tangan setiap hari selepas mandi, sebelum tidur dan ketika berada di luar rumah.

Haa, dah tahu punca dan cara rawatan dia kan ? Tunggu ape lagi jomlah kita sama-sama menjaga kulit kita. Selamat mencuba ! :D


PASTFUTURE
ANNYEONG
HAI, tinggalkan jejak anda di cbox saya :D Do follow, I follow you back ! HAK BLOGGING, HAK SAYA ! (Y)

STALKER

  • Put Your Real Name & Link If Wanna Exchange link ✉
  • ✔ Be nice here
  • "
    "
    FOLLOWERS


    Credits more;

    Template :N.Afiqah
    Basecode :Masterly_elmo
    Tutorial : Afiqah Wana Atiqah
    Pictures : We Heart It
    Best View : Google Chrome