wanaCHAN ™
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK
Important People in my life
Jan 15, 2013 • 4:18 PM • 0 comments

Assalamualaikum blogger dan Annyeong
Dah lama tak update blog kan. Biasa lah tengah busy sekarang ni dengan sekolah. Lagi lagi awal tahun so banyak kerja kena buat. Lagi pun sekarang aku pegang jawatan yang agak berat, aku jadi penolong ketua kelas. Ni gara gara duduk depan pastu cikgu susruh tulis dekat papan hitam langsung kena jadi penolong -,- tapi aku pegang jawatan tu kejap je, jumaat ni last aku pegang jawatan tu dan juga hari terakhir aku dekat sekolah SMK Seri Pagi. Mesti korang tertanya kan kenapa hari jumaat ni hari terakhir aku dekat SMK Seri Pagi. Nak tahu ke ? Emm emmm baca lah entry ni sampai akhir yaaa ;)

Cuba tengok title dekat atas tu, siapa yang penting sangat tu. Nak tahu ke ? Duduk rapat sikit baru best xD Selain ibu ayah, ada juga orang yang tertentu penting dalam hidup aku. Calon yang pertama *bunyi drum, Noor Atheerah aka Theerah / Eraa tapi aku lagi suka panggil dia Theerah sebab dah biasa dari sekolah rendah dulu. Dia selalu dengan aku, kiranya pergi mana mana dia mesti dengan aku. Dari form 1 sampai form 4 kitaorang sama kelas sampai Azim label kan kitaorang 'Les'. Kenyataan tak oke, aku sayangkan Emy, dia sayang Faisal. Pape pon aku sayang kau Theerah. Harap kau tak lupa aku nanti.

Calon yang kedua *bunyi drum, Nurul Nadiatul Izaty aka Natt / Atul *nama baru. Natt aku kenal sejak darjah 3, rapat sejak darjah 5. Dia ni seorang yang kuat nagis xD *sory Natt Biasalah perempuan nagis sebab laki kan macam aku lah. Haha yang penting aku sayang dia. Natt aku mintak maaf tau kalau buat kau terasa, buat kau marah, maafkan aku yaa. Harap kau tak lupa aku bila dekat PD nanti.

Calon yang ketiga *bunyi drum, Nur Zurina aka Eyna. Budak kecik ni aku kenal time form 1. Kenyatan dia memang kecik tapi mulut becok nak mampus xD Dia ni comel oke comel. Tak caya cer tengok gambar tu comel kan.Ayu je muka ^^ Eyna aku sayang kau tau. Aku minta maaf kalau aku pernah terguris hati kau, buat kau marah ke, maafkan aku yaa. Jangan lupa aku bila dekat Gombak nanti.

Calon yang keempat *bunyi drum, Nur Atika aka Tyka / Momot. Momot ni aku kenal time form 1, rapat sejak akhir form 1. Masa mula mula kenal dia ni, bajet nak mampus aku cakap xD Haha Tapi bila dah lama kenal, hati dia sebenarnya lembut je, suka belanja orang, tu yang aku suka tapi sekarang dia dah berubah, tak macam dulu dah :( Momot serius aku cakap aku suka Momot yang dulu. Aku harap sangat kau Momot yang dulu :( Jangan lupakan aku tau. Maafkan aku kalau aku ada buat silap dengan kau. Jangan lupa aku nanti

Calon yang kelima *bunyi drum, Muazim Shah aka Ezeym. Aku kenal dia time form 1 sebab dia ni cousin Syud. Dia lelaki pertama yang jadi kawan baik aku. Mana taknya dia yang selalu bagi semangat dekat aku walaupun dia ni gila gila sikit. Haha Zim thanks oke untuk kata kata semangat kau selama ni, happy dapat kawan dengan kau. Maafkan aku kalau aku ada buat kau terasa, buat kau marah, maafkan aku tau. Jangan lupa aku nanti.

Calon yang keenam *bunyi drum, Shukri Hafizie aka Shuk. Dia ni pun rapat dengan aku dari form 1 sampai form 4. Dia ni pon sama perangai dengan Azim, gila gila je memanjang. Happy bila dengan dia sebab memeriahkan suasana bila ada yang sedih. Ayat aku tanak kalah xD Lagi satu, dia ni tengok je muka blur tapi ramai crush woiii ! Sapa tanak muka macam jambu ni xD Shuk thanks jadi kawan aku. Aku mintak maaf kalau ada buat kau marah, terasa ke, maafkan aku yaa. Jangan lupa aku nanti.

Calon yang ketujuh *bunyi drum, Nurul Natasha aka Tacha / Acha. Aku kenal dia time form 1 tapi rapat sejak form 3 sebab dia 1 kelas dengan Natt, Eyna, Momot, Shuk dan Azim. Dia ni muka pon boleh tahan blurnya tapi ramai yang menunggu. Serius aku cakap dalam gambar lawa, tengok depan depan 2 kali ganda lawa. Tacha happy dapat kenal kau lebih rapat, ternyata kau memang best lah ! Aku mintak maaf kalau pernah buat kau terasa, buat kau marah, maafkan aku tau. Aku sayang kau Tacha ! Jangan lupa aku nanti.

Calon yang kelapan *bunyi drum, Noraizar aka Aizar. Budak ni aku kenal sejak darjah 5 ke 6 tah, aku tak ingat lah -,- rapat sejak form 3 sebab 1 kelas dengan aku. Serius aku cakap kekadang aku sakit hati dengan dia sebab dia banyak tanya. Jem aku dibuatnya. Dia ni seorang yang bukan mudah menggalah tapi bila sesuatu tu hal tu dah melebihi had, memang mampus lah korang. Haha Aizar aku nak mintak maaf kalau selama kita kenal, aku ada buat kau terguris dengan aku, buat kau marah, maafkan aku tau. Sayang kau Aizar ! Jangan lupa aku nanti.

Calon yang kesembilan *bunyi drum, Asfarina Nasuha aka Eipa. Budak cute ni aku kenal time form 1 dan terus amik dia sebagai adik angkat aku sebab terlalu comel. Dia ni suka sangat cubit pipi aku, tahu lah aku dah tembam kan xD muaahhhahaha Dia ni memang comel habis lah, tengok perangai dah tahu dia ni anak manja. Well tengok akak lah xD *gurau gurau Eipa thanks oke sebab sudi jadi adik angkat akak. Akak sayang kau sangat sangat. Maafkan akak kalau pernah buat Eipa teruris hati, buat Eipa marah, maafkan akak tau. Nanti jangan lupa akak oke

Calon yang kesepuluh atau yang terakhir dan yang paling paling penting dan bermakna dalam hidup aku *bunyi drum Mohd Zulhafiz Helmi aka Emy omeyy *nama ni untuk aku sorang je faham ! Aku kenal dia time form 1 rapat sejak form 2. Serius aku cakap bukan senang nak cari lelaki macam dia. Dia yang paling perfect sekali dalam hidup aku. Tak menyesal dapat kenal dia. Sayang thanks for everything oke. Maafkan i kalau selama ni i pernah buat you terasa,  buat you marah, maafkan i eah sayang. I sayang you sangat sangat. I harap you tak lupa i nanati :*










So mesti korang tertanya kan kenapa setiap ayat aku di akhiri dengan jangan lupa kan aku. Sekarang aku nak bagitahu, sebenarnya aku dapat tawaran pergi vokasional dekat Rembau. So minggu ni hari terakhir aku dekat SMK Seri Pagi. Isnin minggu depan aku dah kena daftar masuk sekolah. Hmm sedihnya nak tinggal kan sekolah, kawan kawan dan terutama sekali terpaksa tinggalkan Emy. Nak nagis T.T Lepas ni jarang lah nak update blog, yelah dah jadi budak asrama kan lepas ni :( Harap korang semua tak lupa aku nanti yaaaa :D


PASTFUTURE
ANNYEONG
HAI, tinggalkan jejak anda di cbox saya :D Do follow, I follow you back ! HAK BLOGGING, HAK SAYA ! (Y)

STALKER

  • Put Your Real Name & Link If Wanna Exchange link ✉
  • ✔ Be nice here
  • "
    "
    FOLLOWERS


    Credits more;

    Template :N.Afiqah
    Basecode :Masterly_elmo
    Tutorial : Afiqah Wana Atiqah
    Pictures : We Heart It
    Best View : Google Chrome