wanaCHAN ™
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK
Pengalaman pertama ...
Jan 26, 2013 • 8:16 PM • 0 comments

Assalamualaikum blogger dan Annyeong

Sihat semua ? Kalau ada yang tak sihat tu jangan lupa makan ubat yee. Jangan jadi mcm aku pulak. Bila dah sakit sangat baru nak cari ubat. HAHA Hari ni baru aku berpeluang nak update blog ni. Dah berhabuk dah blog. Nak buat macam mne dah jadi budak asrama lah kata kan.Tak pelah lagi pon ni untuk masa depan aku juga.

21hb hari tu aku daftar masuk sekolah baru. Time sampai tu memang ramai lah aku cakap kan. Ingat aku yang datang lambat, rupanya ada yang lagi lambat. Sebelum daftar kena dengar ceramah dulu. Macam biasa lah, aku dengan perangai akulah kan, bila orang senyum dekat aku baru aku senyum balik. Lupa pulak nak cakap, aku 1 sekolah dengan Ayu, so ada lah kawan yang aku dah kenal kan. Paling best 1 dom lagi tau ^^ Selesai daftar semua, hantar barang barang dekat dom. Ibu tak boleh ikut sampai dom :( Kalau ibu lah yang tolong kemas kan barang barang aku kan. Tapi takpe lah, berdikari lah sikit Wana !

Siap simpan barang semua, turun pegi dekat ibu balik. Sampai dekat ibu, ibu tanya nak mkan tak. Aku jawab lah nak kan. Ayah belikan aku nasi putih lauk ayam sambal dengan kang kung. Memang kegemaran aku lah ayah beli kan. Ayah dah beli makanan aku, lepas tu nak balik sebab nak amik adik adik aku kan. Time tu nak nagis pon ada tapi aku tahan je lah. Salam ibu lepas tu ibu peluk aku. Time peluk tu nasib aku tak leleh. Ibu je nagis. Ishh ibu ni, hari tu dia yang yeye nak aku masuk lepas tu nagis pulak. Ibu ibu.  Salam ayah, ayah pesan jangan tinggal solat dan jaga diri baik baik. Ikhwan pon salam aku siap cium lagi. Alaaahaii adik aku sorang ni, lepas ni akak tade lah buat susu kau lagi kan :')

Ibu ayah dah gerak, aku naik dom sorang sorang. Sampai dom, apa lagi makan lah kerja aku kan. Budak budak dom tegur aku, kenal kenal. Dalam dom tu semua sekepala rupanyaa. Masing masing minat kpop. Memang asek nyanyi lagu kpop jelah kan masing masing. Lawak gila lah. Orentasi seminggu dan sangat memenatkan aku -,- tidur pon tak cukup woii ! Hahah adat lah kan. Aku jenis yang susah gila tidur malam. Cara paling senang nak tidur ialah nagis. 2 malam aku nagis sebab tak dapat tidur. 2 malam lagi aku tak nagis maybe sebab aku penat sangat tu yang senang je nak lelap mata ni. Haha

Dalam masa yang sama, aku dapat lah belajar berdikari, belajar hargai masa, belajar apa lagi eah ? Emm macam macam lah aku belajar. 

Ohh sebelum aku terlupa, aku ada akak angkat dekat sana, nama dia Sufi.


Nilah akak Sufi tu. Comel kan :*
Okelah babai :D


PASTFUTURE
ANNYEONG
HAI, tinggalkan jejak anda di cbox saya :D Do follow, I follow you back ! HAK BLOGGING, HAK SAYA ! (Y)

STALKER

  • Put Your Real Name & Link If Wanna Exchange link ✉
  • ✔ Be nice here
  • "
    "
    FOLLOWERS


    Credits more;

    Template :N.Afiqah
    Basecode :Masterly_elmo
    Tutorial : Afiqah Wana Atiqah
    Pictures : We Heart It
    Best View : Google Chrome